Monday, November 29, 2010

Words Of The Month : My name is ...

Korean

Word : ne ireum eun .....

The way to speak : nae i-rum un

Japanese

Word : watashi no namae wa

The way to speak : wa-ta-shi no na-ma-e wa

Chinese

Word : wo de ming zi shi / wo jiao

The way to speak : wo - jiau

French

Word : mon nom est

The way to speak : mon nowest

German

Word : mein name ist

The way to speak : men name is-t

Apakah Itu Rokok?

Apakah itu rokok?
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
(sumber: Wikipedia)

Apakah Kandungannya?


Apakah kesan atau keburukan merokok?
Kesan jangka pendek: 

1.   Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
2.   Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak.
3.   Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan.
4.   Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak. Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut. Gigi menjadi kuning.
5.   Hidung - Mengurangkan deria bau.
6.   Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut.
7.   Paru-paru- Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan.


           
Kesan jangka panjang:

1.   Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)

2.   Penyakit Jantung

3.   Angin Ahmar / Strok

4.   Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)

5.   Penyakit mulut dan gusi

6.   Ulser (perut, peptic)

7.   Osteoporosis

8.   Kemandulan (tidak boleh hamil)

9.   Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
10. Mati pucuk


     Kesan kepada alam sekitar:
1.   Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti       mengakibatkan   longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.        
2.   Menyebabkan pencemaran udara.

3.   Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak.

4.   Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran.
     (sumber: infosihat.gov)


p/s: Hmm.. Dah baca? Faham? Nak merokok? Tak nak? Bagus.. Ana nasihatkan, janganlah sesekali mencuba-cuba untuk merokok. Membazir saja. Memudaratkan lagi. Daripada hisap rokok, lagi best hisap lolipop. Betul tak? ^_^

Thursday, November 25, 2010

Lets Learn Foreign Language!

Salam,
Dalam usaha untuk memeriahkan lagi sistem Library SMIH, kami telah membuat satu aktiviti yang berkait dengan bahasa.

PENERANGAN
Kami akan mebuat aktiviti "One Word Of The Month".
contoh :
Xie xie --> Terima kasih

Harap anda meberikan kerjasama ^_^

'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'