Sunday, May 15, 2011

Asal Usul Hari Ibu

Tahukah anda bahawa...
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Pasti anda tertanya-tanya, bolehkah kita menyambut hari ibu? Ini adalah jawapan daripada seorang saudara kita di forum ILuvIslam:
ALhamdulilah Aljawab Saya tidak mahu sentuh soal hukum atau tidak, walaupun ada ulama yang menghukumkan haram dan ada juga yang menghukumkan harus. Tetapi persoalan yang saya timbulkan ialah berkenaan adil. Adakah adil bagi kita seorang anak, hanya menyambut atau menghargai Ibu pada hari tertentu sahaja? Dan adakah adil bagi kita dengan berbuat begitu, sedangkan hak kita terhadap ibu dan bapa adalah dari sejak kita kecil hingga kita mati. Jadi fikir-fikirkan. adakah kita hanya sanggup atau berhati perut untuk menyambutnya pada hari-hari tertentu dan sehari sahaja? Jika tidak sanggup, raikan kemuliaan ibu-ibu dan bapa-bapa anda semua sepanjang hidup anda. WaAllahualam... 
Renung-runungkan lah dan selamat beramal. ^_^

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru!!!

16 mei...pasti semua tahu kan..kan!! eish kalau tak tau date tu memang memalukan...
         haRI GUru laa... kat sini siapa sayang guru sila angkat tgn...  Allah nmpk hehe..
   sebagai murid, pelajar,...
kita perlu h0rmat dan sayang guru kita...
taatlah pada guru selagi guru kita tidak melanggar syariat Islam..
guru merupakan pengganti ibu bapa semasa kita di sekolah.. gurula akan menjadi mama and papa kita kat sek..(ada tak sesiapa yg tak sedar akan fakta ni)
pernah dgr tak..kalau kita ke sekolah/jalan2.. kita berperangai buruk org akan kata"eii tu anak siapa, mak ayah dia tak reti nk didik ke??" emm,, kalau cthnya kita keluar untuk wakil sek, kita berperangau buruk ogr akn kata"ish..ish.. budak sek mana ni?? guru tak pernah ajar dia agama ke moral ke??"

kalau guru2 kita dgr pasti terguris hati mereka kan.

amanah..ana pasti ramai dah muak dgr perkataan amanah.. tu amanah.. ni anamah.. ye laa kat dunia ni.Allah beri kita amanah sbb Alah nak uji kita.. Allah pernah berfirman (ana tak ingt ayat apa tp bunyi nya lbh kurang mcm ni) Allah tak akan senang2 memasukkan hmba2nya yg beriman ke dalam syurga tanpa diuji..
okay ..back to the point, antum sedar tak yg sebenarnya h0mew0rk kita yg berlambak tu ialah amanah?? sedar skrng.. hw bagaikan beban di bahu kita.. pernah rasa tak bila tak siap h0mew0rk pasti kita akan rasa gelisah, tak tenang, tapi bila dah siap h0mew0rk rasa leeeegaaa sgt.. betul tak bagaikan tiada bebanan di bahu...tolong siapkan hw.. ustazah2 and ustaz kasi hw nk tahu kita faham tak apa yg mereka nk smpikn..

 sooo
ana harap hari guru yg akn dtg ni.. kita pohon laa maaf kat guru2 kita..

and gud luck this coming exam!!!